_____________________________________________________________________________________________________________________
Blog ini menggalakan pendapat dan ekspresi mengenai bidang perfileman secara terbuka dan telus. Sebarang pendapat hendaklah berasaskan fakta dan semangat menyemarakkan bidang perfileman di dalam negara
_________________________________________________

Sunday, July 25

Ketua Pengarah Finas

Memang susah hendak mendapatkan seseorang untuk menjadi Ketua Pengarah atau Ketua Eksekutif sebuah badan yang menguruskan perkara yang berkaitan dengan filem di negara ini, kerana filem sering disalahertikan mengikut keterbatasan fahaman ramai daripada kita. Ada orang menyangka filem ialah produk seni (sahaja). Ada orang mengatakan filem ialah perniagaan (sahaja). Ada orang mengatakan filem adalah bahan hiburan (sahaja).

Pak Menteri, Rais Yatim sudah buat beberapa perkara untuk merubah Finas agar menjadi lebih berguna. Antara perkara penting yang telah dilakukannya pada mula-mulanya dulu menukarkan KP sedang bertugas Sharif Ahmad ke kementerian berserta Bhg Perlesenan dan Penguatkuasaan Finas. kedua; melantik Fauzi Ayub pegawai M-Trade sebagai KP, dan ke 3 melantik Mahyidin Mustakim Penerbit Eksekutif Pesona Picture sebagai KP.

Rais juga telah perkasakan Finas dengan dana pembiayaan filem cereka, penerbitan dokumentari, membina studio bunyi serta peralatan lain terkini diikuti dengan dana industri kreatif yang sangat banyak jumlahnya.

Organisasi Finas juga telah diperkuatkan dengan pelbagai jawatan dan struktur organisasi yang baru, dengan penambahan kakitangan sebanyak dua kali ganda. Dia juga telah mendapatkan peruntukan tahunan yang banyak untuk Finas beroperasi dengan licin.

Tetapi Rais masih gagal merubah industri filem tempatan untuk menjadi entiti yang berjaya.

Puncanya kerana dia tersalah melantik Ketua Pengarah bagi perbadanan yang telah dilengkapkannya itu.

Rais akan gagal lagi kalau sekali ini dia silap lagi melantik orang..