_____________________________________________________________________________________________________________________
Blog ini menggalakan pendapat dan ekspresi mengenai bidang perfileman secara terbuka dan telus. Sebarang pendapat hendaklah berasaskan fakta dan semangat menyemarakkan bidang perfileman di dalam negara
_________________________________________________

Sunday, January 25


Jins Shamsuddin penerima "Anugerah Seni Negara"?


SELAMAT berjumpa dalam halaman blog yang dibuka khusus untuk memperkatakan tentang filem. Apa sahaja tentang filem dan dunia filem di Malaysia, perlu diperkatakan dengan telus dan jujur di sini.

Forum ini ingin dibuka dengan isu pertama mengenai "Anugerah Seni Negara 2008".

Khabarnya anugerah seniman negara akan diberikan kepada Jins Shamsuddin - seorang "tokoh" yang sukar dikenal pasti hasil karya seninya; selain dari dikatakan hanya menjadi orang yang pandai "mencelah" di majlis-majlis yang dihadiri pembesar.

Sebagai pelakon memang Jins terserlah dalam era zamannya, iaitu sewaktu di Singapura dan sekitar awal 70an di Malaysia. Zaman itu pun ramai orang lain yang lebih baik darinya. Selepas dari itu tiada apa yang lahir dari tangan Jins, dalam bentuk apa pun yang memperlihatkan kecemerlangan pemikiran dan upaya seninya. Coba fikir dan senaraikan selepas filem Bukit Kepong yang dibuat 30 tahun lalu apa yang telah Jins hasilkan sebagai karyawan seni? Di mana sahaja? Tidak ada. Kalau setakat menjadi pensyarah politik UMNO di kampong-kampong, tidak memadai.

Semasa menjadi pengerusi Finas dan senator pun tiada ada apa yang lahir dari beliau.


Anugerah ini sudah menjadi semakin tidak bernilai kerana pengendalinya tidak memahami apa yang dicari. Pengendalinya tidak mengenal orang dan bidang yang mereka dipertanggungjawabkan.

Khalayak mahu melihat sebab yang kukuh mengapa anugerah ini diberikan kepadanya, agar apa yang dihasilkannya dapat dipelajari oleh orang lain. Kalau memang tak ada orang yang layak, itu tandanya sistem negara gagal membangunkan seniman di negara ini, mungkin akibat dari terlalu memberi penekanan terhadap pembangunan fizikal dan teknologi membuat kita ketandusasn "manusia" yang mempunyai jiwa.

Selamat membuat anjakan, wahai politikus bangsaku!