_____________________________________________________________________________________________________________________
Blog ini menggalakan pendapat dan ekspresi mengenai bidang perfileman secara terbuka dan telus. Sebarang pendapat hendaklah berasaskan fakta dan semangat menyemarakkan bidang perfileman di dalam negara
_________________________________________________

Sunday, July 25

Ketua Pengarah Finas

Memang susah hendak mendapatkan seseorang untuk menjadi Ketua Pengarah atau Ketua Eksekutif sebuah badan yang menguruskan perkara yang berkaitan dengan filem di negara ini, kerana filem sering disalahertikan mengikut keterbatasan fahaman ramai daripada kita. Ada orang menyangka filem ialah produk seni (sahaja). Ada orang mengatakan filem ialah perniagaan (sahaja). Ada orang mengatakan filem adalah bahan hiburan (sahaja).

Pak Menteri, Rais Yatim sudah buat beberapa perkara untuk merubah Finas agar menjadi lebih berguna. Antara perkara penting yang telah dilakukannya pada mula-mulanya dulu menukarkan KP sedang bertugas Sharif Ahmad ke kementerian berserta Bhg Perlesenan dan Penguatkuasaan Finas. kedua; melantik Fauzi Ayub pegawai M-Trade sebagai KP, dan ke 3 melantik Mahyidin Mustakim Penerbit Eksekutif Pesona Picture sebagai KP.

Rais juga telah perkasakan Finas dengan dana pembiayaan filem cereka, penerbitan dokumentari, membina studio bunyi serta peralatan lain terkini diikuti dengan dana industri kreatif yang sangat banyak jumlahnya.

Organisasi Finas juga telah diperkuatkan dengan pelbagai jawatan dan struktur organisasi yang baru, dengan penambahan kakitangan sebanyak dua kali ganda. Dia juga telah mendapatkan peruntukan tahunan yang banyak untuk Finas beroperasi dengan licin.

Tetapi Rais masih gagal merubah industri filem tempatan untuk menjadi entiti yang berjaya.

Puncanya kerana dia tersalah melantik Ketua Pengarah bagi perbadanan yang telah dilengkapkannya itu.

Rais akan gagal lagi kalau sekali ini dia silap lagi melantik orang..

Wednesday, June 10

Mansur Puteh dah tak putih mata lagi...

Mansur Puteh dah tak "putih" mata lagi

Khabarnya Mansor Puteh dah tak puteh mata lagi. Beliau sibuk ke sana ke sini sekarang kerana mendapat gran Finas membuat filem dokumentari Tunku Abdul Rahaman.

Patutlah dia tak bising lagi. Kalau dulu bukan sahaja dia bising-bising Finas dan Bank Pembangunan disamannya.

Itu sahaja caranya menundukkan orang bising macam mansur. Bagi dia peluang utk buktikan dirinya. Kalau dia tak boleh baru sembelih leher dia.. he he ..

Cerita lewat

Cerita lewat.....

Syed Muhammad akhirnya tersungkur daripada duduk bertenggek atas PPFM. Kerana orang tak mahu tengok sedikit pun bekas dia bertenggek nama PPFM itu pun ditarah. Tak ada lagi PPFM. Kini PPFM menjadi PPPFM, iaitu persatuan pekerja profesional filem Malaysia, walaupun sebahagian besar ahlinya tidak profesional. Presidennya pun susah nak dikenal pasti profesinalisme dia.

Sekurang-kurangnya PPFM/PPPFM sihat.

Tapi macam mana pulak dengan PAPITA yang dah bertahun-tahun tak ada mesyuarat agong.

Peduli apa dengan PAPITA dia bukan persatuan filem, lantak dialah kalau dia nak masuk lombong ke. Dulu sudah sekali dibatal ROS, lepas itu buat mesyuarat agong sekali. Lepas itu senyap sunyi...

Berdendanglah wahai penyanyi-penyanyi semua

Wong Kam Hong pengerusi baru Finas

WONG KAM HONG pengerusi FINAS

Dato' Wong Kam Hong bekas timbalan menteri Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWA) telah dilantik sebagai pengerusi baru Finas. Beliau menggantikan Datuk Razali Ibrahim yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baru.

Nampaknya Finas kini sudah jadi "tapak naik" dan "tapak jatuh" timbalan-timbalan menteri. Dulu Finas pernah nak jadi "tapak naik semula" seorang bekas timbalan menteri besar, tapi tak ke mana..

Baguslah, asal jangan orang-orang yang menapak ini pijak industri filem kita sudahlah...

Tahniah kepada karyawan filem semua



Sunday, January 25


Jins Shamsuddin penerima "Anugerah Seni Negara"?


SELAMAT berjumpa dalam halaman blog yang dibuka khusus untuk memperkatakan tentang filem. Apa sahaja tentang filem dan dunia filem di Malaysia, perlu diperkatakan dengan telus dan jujur di sini.

Forum ini ingin dibuka dengan isu pertama mengenai "Anugerah Seni Negara 2008".

Khabarnya anugerah seniman negara akan diberikan kepada Jins Shamsuddin - seorang "tokoh" yang sukar dikenal pasti hasil karya seninya; selain dari dikatakan hanya menjadi orang yang pandai "mencelah" di majlis-majlis yang dihadiri pembesar.

Sebagai pelakon memang Jins terserlah dalam era zamannya, iaitu sewaktu di Singapura dan sekitar awal 70an di Malaysia. Zaman itu pun ramai orang lain yang lebih baik darinya. Selepas dari itu tiada apa yang lahir dari tangan Jins, dalam bentuk apa pun yang memperlihatkan kecemerlangan pemikiran dan upaya seninya. Coba fikir dan senaraikan selepas filem Bukit Kepong yang dibuat 30 tahun lalu apa yang telah Jins hasilkan sebagai karyawan seni? Di mana sahaja? Tidak ada. Kalau setakat menjadi pensyarah politik UMNO di kampong-kampong, tidak memadai.

Semasa menjadi pengerusi Finas dan senator pun tiada ada apa yang lahir dari beliau.


Anugerah ini sudah menjadi semakin tidak bernilai kerana pengendalinya tidak memahami apa yang dicari. Pengendalinya tidak mengenal orang dan bidang yang mereka dipertanggungjawabkan.

Khalayak mahu melihat sebab yang kukuh mengapa anugerah ini diberikan kepadanya, agar apa yang dihasilkannya dapat dipelajari oleh orang lain. Kalau memang tak ada orang yang layak, itu tandanya sistem negara gagal membangunkan seniman di negara ini, mungkin akibat dari terlalu memberi penekanan terhadap pembangunan fizikal dan teknologi membuat kita ketandusasn "manusia" yang mempunyai jiwa.

Selamat membuat anjakan, wahai politikus bangsaku!